Nuffnang Ads

Monday, February 17, 2014

Lawatan Ke A'Famosa Resort

Tiba-tiba punya planning. Nuin, Kecik, korang memang kurang asam jawa. Nasib baik murah bayaran banglo tu. Pandai game ko ye Nuin hahaha. We just came back from our Pangkor's trip and they came up with the idea of, "...sesiapa yang ada masa mehlah join kitorang nak lepak dekat Melaka sebab akak aku ade banglo dekat A'Famosa..." kata Nuin dalam group whatsapp. Hati getar jangan cakap. Maklumlah pengantin baru. Mana-mana je orang ajak mesti nak pegi. Sayang pun setuju hihi.

Kitorang sampai dekat banglo pun dah lewat dalam jam 8.00 pm. Jalan semua clear dan ok. Sampai ke banglo terus dinner. Tak buang masa, lepas makan terus balik. Setting katil dan bilik ape semua terus yang suami-suami, mengerjakan swimming pool dan biasalah, isteri-isteri menyibuk keluar masuk rumah dan duduk sofa dan setelkan budak-budak dan mandi dan berborak sambil gosip. Nahhh, lelaki fokus pada satu je kenapa kita pompuan banyak benda kita buat :D

Terima kasih Wawa sebab bawakkan KFC pukul 12.30 tengahari untuk kitorang breakfast. Pffffftttt! Lepas breakfast tengahari tu kitorang terus ke Safari Wonderland. Nak tengok binatang ni semua la SiDia suka. Pakai binatang ni la pun I pancing SiDia nak kesini hahaha. Sorry Sayang, I terpaksa buat  ni semua untuk kebaikan kita. Dengan bayaran RM45 dapatlah tengok macam-macam dan I kagum dengan show dari burung-burung dekat sana. Comel dan bijak sangat. Gajah pun sama. Sedih tengok diorang tapi better diorang dibela dalam Safari ni daripada duduk dekat luar yang terdedah dengan orang jahat. Sorry, minded I memang macam ni. Sian tengok binatang ni semua....

Lepak dulu. Pasni baru mengah hahaha
Sawan buaya!
Ha ni lah budak dia yang excited tengok buaya dan binatang lain hahaha
Birds parade ni best!
Tak mencengkam ke tuh?
Perjalanan singkat diteruskan masuk dalam kawasan Safari yang betul punye. Binatang memang lepas macam biasa dan kita duduk dalam truck. Ini pengalaman yang sangat mengujakan. Walaupun bukanlah macam dekat Afrika yang Safari beriya ada macam-macam tapi pengalaman macam ni pun I dah excited. Kalau ke sana macam manalah agaknya...

Inilah truck yang bawak kitorang ke Safari. Kalaulah ghimau tu terkammmm
Our short trip continued with some archery activity at the entrance gate of Safari Wonderland. This is my first ever experience and its quiet hard to pull off the string, or whatever it is called. Lepas sepanah dua I dah pun surrender. And its already late, too. Kitorang in hurry nak balik ke Kuala Pilah pulak lepas tu. Ape pun, sempat kitorang tunjuk skill terjun pool setelah dua technician dan sorang ahli kimia menggodek swimming pool agar boleh dimasuki oleh semua. Thanx korang!
Gepren Legolas LOTR biasa lahhhh :D
Tengoklah dua beranak ni hehehe
Apa pun, short trip ni sukses la. Memang happy kitorang walaupun 4 kerat je yang dapat join. Memang best banglo kakak Nuin tu. We are looking forward to bring our family there, in shaa Allah.

Oklah, kalau nak bawak family untuk weekend. Great moment we had there. Especially with the kids. But for me, I would never go back to the Safari. I may be go for the Water Theme Park. 


Nape muka u camtu, Sayang. Excited ek!

No comments:

Post a Comment