Nuffnang Ads

Friday, February 26, 2016

Diari PCOS : 07 - Amalan Pemakanan Sunnah

Assalamualaikum wbt..
Semoga semua sahabat-sahabat PCOS yang sedang TTC di dalam lindungan Allah selalu. Semoga Allah pelihara iman, amal dan akal kita ye. Hihihi saje je tazkirah sebaris ayat.

Hari ni I nak share sesuatu yang I pasti semua yang sedang TTC pun pernah buat. Cuma I sorang je kot belum pernah mencuba. Rentetan daripada Jus Taugeh yang I pernah share sebelum ini, kali ni I teringin sekali nak mencuba Susu Kambing dan Kurma. Daripada beberapa pembacaan, terdapat beberapa cara yang I terjumpa.

1. KURMA DAN SUSU KAMBING DICAMPUR
Maknanya, masukkan sekali 7 biji kurma berserta segelas susu kambing ke dalam blender dan diminum airnya segelas suami dan segelas isteri. Hanya perlu diminum sekali sahaja.

2. KURMA DIKISAR ASING DARI SUSU KAMBING
7 biji kurma dan sedikit air dikisar asing dengan susu kambing kemudian baru dicampurkan bersama. Boleh diminum setiap hari.

Sebaiknya bolehlah dapatkan Kurma Nabi. Kalau ada lah. Kalau takde, boleh je pakai kurma apa-apa. Dan semasa mengambil 7 biji kurma tu, genggam kurma tersebut dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan memohon pada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan mendapat zuriat yang soleh dan solehah, Ye, ada doa yang spesifik kalau diikutkan. Yang penting niat kita dan cara kita mohon dengan sepenuh hati. Kan?

Inilah rupa packaging yang Kurma dan Asli ye
Sumber gambar : website Lazz
In shaa Allah, I akan mencuba dalam masa terdekat. I baru je dapat sample percuma Susu Kambing Kurma dari LAZZ. Dapat 2 sachet. Bolehlah minum 2 pagi. Kalau sedap, I pakai LAZZ aje lah kot hehehe. Tak perlu blend, tak perlu cari Susu Kambing. Cuma Mama I selalu berpesan, Allah lagi suka kalau umatNya itu berusaha lebih sikit. Ok, ku paham maksud Mama hehehe.

Jom, kita amalkan :)

Ada penambahan, nak kacau Susu Kambing dan Kurma ni perlulah menggunakan sudu plastik. Sama macam kalau nak makan madu. Semoga bermanfaat. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment